Langkau ke kandungan utama

Kebaikan Pusingan Tawaf


Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.

Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.

Kesan TAWAF Kepada Jasad Manusia
Pergerakan Arah Tawaf ini memberikan faedah yang sangat positif kepada jasad tubuh badan. Antara khasiat-khasiatnya termasuklah:
I – pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak
II- pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda
III- membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap
IV- meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan
V- merangsang daya tumpuan
VI- mengekalkan potensi diri yang optima
VII- mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan
VIII- mengawal tekanan perasaan
X- meningkatkan daya keyakinan dan semangat
XI- mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser
Kesan TAWAF Kepada Rohani Manusia
Dalam pada itu, ia juga memberikan kesan spiritual dan kerohanian. Ia menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri dan kanan. Ia juga dipercayai memenuhi falsafah hukum 7 Kuasa Tenaga iaitu:
1) Kebenaran mengatasi kesilapan
2) Kelajuan mengatasi kelewatan
3) Kemudahan mengatasi kejutan
4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5) Kekuatan mengatasi kelemahan
6) Keuntungan mengatasi kerugian
7) Kejayaan mengatasi kegagalan.
1. Medan Magnet:

Medan magnet ini menghasilkan medan elektromagnetik. Elektromagnet akan menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju. Kita sedia tahu keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet. Sedangkan medan magnet menggunakan hukum ke kanan, iaitu tawaf dan ciptaan Allah ini menggunakan konsep kitaran tawaf yang menjanakan elektrik.
2. DNA Makhluk Berjasad:

Imej getaran DNA yang ditunjukkan di dalam mikroskop mempunyai warna. Setiap warna jelas menunjukkan getaran yang terhasil. Perkara ini berlaku adalah konsep tenaga yang sentiasa mengikut hukum ke kanan, iaitu tawaf. Cuba kita perhatikan baik-baik, animasi DNA menunjukkan DNA membuat belitan ke arah kanan.
Pusingan DNA adalah jelas merupakan 1 fenomena kitaran tawaf dan semua makhluk di alam semesta ini ada trademark penciptanya. Oleh sebab itu, semua ciptaan Allah ada DNA masing-masing dan salah satunya Allah sentiasa menggunakan konsep kitaran tawaf.
3. Aliran Darah Manusia

Menurut kajian, aliran darah dalam urat saraf manusia ada 1 pergerakan istimewa. Yang istimewanya semenjak dari kandungan ibu lagi, kitaran darah anda ialah ikut sistem tawaf. Setiap aliran darah manusia yang melalui jantung adalah pergerakan ke arah kanan.
Oleh sebab itu bila perjalanan darah diganggu, maka badan manusia akan rosak. Molekul-molekul dan zarah dalam apa jasad pun, sentiasa bergetar ke arah kanan. Segala perbuatan dan aktiviti ke arah kanan dinamakan tawaf.
4. Planet Bumi:
Tahukah anda, bahawa Tuhan sengaja mencipta planet bumi berputar ke arah kanan? Jika anda masih ingat, semua planet dalam sistem suria dan Galaksi Bima Sakti mengelilingi matahari dalam keadaan berputar ke arah kanan. Semua planet yang berjiran dengan bumi sentiasa tawaf kepada matahari.
Planet bumi yang kita duduki ini sentiasa berputar ke arah kanan di paksinya sendiri. Bahkan, matahari kita sendiri sentiasa berpusing di atas paksinya ke arah kanan. Semua tabiat dan kelakuan planet serta matahari ini adalah hukum putaran semulajadi ke arah kanan dan proses ke arah kanan ini sama dengan TAWAF Umat Islam mengelilingi Kaabah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIPAS GERGASI HVLS SURIA TERBARU

Pada awal penghasilan kipas Suria Giant Fan, ia mempunyai 4 bilah kipas  ( klik disini ) sahaja. Mulai tahun 2016, kami telah berjaya menghasilkan 6 bilah kipas HVLS Suria Giant Fan .   Kipas Gergasi HVLS Suria : 4 bilah kipas  Kipas Gergasi HVLS Suria : 6 bilah kipas  Pada awal penghasilan kipas Gergasi HVLS Suria,ia mempunyai 4 bilah kipas sahaja. Selepas penghasilan ini, banyak kajian yang telah dilakukan untuk menghasilkan kipas yang lebih berkualiti tinggi. Akhirnya pada tahun 2016,kami berjaya menghasilkan kipas Gergasi HVLS Suria yang mempunyai 6 bilah kipas. Inovasi terbaru kipas HVLS ini  mampu menghasilkan jumlah aliran angin yang banyak berbanding dengan kipas pesaing kami yang mempunyai 4, 5, 6, 7, 8, 9 atau 10 bilah kipas. Kipas HVLS bersaiz gergasi ini mempunyai diameter diantara 12’, 14’, 16’, 18’, 20’ dan 24 kaki. Perbezaan yang paling ketara adalah isipadu udara yang dapat dihasilkan. 4 bilah kipas HVLS Suria hanya mampu menghasilkan 37

Kipas Gergasi HVLS Suria Malaysia

KIPAS GERGASI HVLS SURIA : 4 BILAH “Tekanan Haba Kepanasan” adalah masalah yang biasa di hadapi di negara-negara tropika seperti di Malaysia. Dengan suhu diantara 30 - 40 darjah celcius, kita sentiasa mencari kaedah untuk menyejukkan diri kita sama ada dengan menggunakan kipas atau penghawa dingin. Tarif elektrik semakin meningkat, adalah dianggarkan 40% - 60% daripada kos penyelenggaraan bangunan adalah dari penggunaan kipas dan penghawa dingin. Kita sentiasa ingin menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi kita tidak mempunyai banyak pilihan. Kipas Gergasi HVLS SURIA adalah kipas generasi baru dengan penggunaan tenaga elektrik yang sangat cekap. Kipas bersaiz gergasi ini mempunyai diameter diantara 8’, 12’, 16’, 20’ dan 24 kaki. Ia mempunyai 4 bilah kipas yang unik  menghasilkan udara yang lebih nyaman seperti tiupan angin semula jadi.  KELEBIHAN SURIA GIANT HVLS FAN     1. NATURAL WIND Aliran angin yang terhasil sangat nyaman dan lembut seper